Sunday, November 23, 2008

Simpan fail tugasan di Google Docs

Salam,

"Banyaknya CD tugasan student dalam bilik ni, nak buat apa ye, nak buang ke?"

Keluhan di atas mungkin keluar daripada minda kita di PPU. Ada di antarakita yang meminta pelajar hantar tugasan dalam bentuk bercetak danelectronik. Yang elektronik biasanya dalam bentuk CD. Bertahun-tahun kumpul,akhirnya CD ni boleh buat perhiasan pada kereta (sbg reflector)atau bolehjadi karya seni anak-anak kita, atau buang saja.

Suasana ini (buang CD) tidak menggembirakan pencinta alam, oleh itu ayahlongingin cadangkan kita jangan minta CD, sebaliknya hantar attchment melalui e-mail. Jangan suruh hantar guna e-mail ukm.my sebab ukm.my ni terhad,space bagi sedikit saja, kalau dia update banyak e-mail mungkin kena delete.

Caranya ialah suruh student hantar attchment ke e-mail kita di gmail. Kita boleh create e-mail add baru secara percuma khas untuk simpan tugasan.Advantagenya ialah jimat space dalam bilik kita dan file tu boleh kitaaccess anytime dalam internet. Fail yg dihantar boleh diurus melalui googledocument (boleh guna password anda untuk gmail). Yahoo pun ada seperti iniiaitu Yahoo!Briefcase tetapi tidak begitu userfriendly seperti Google Docs.



Ayahlong nak kongsi idea ini kerana tiba-tiba saja ia terpacul. Kalau takberitahu, rasa macam idea ni meronta-ronta saja dalam jiwa. Sekian.

ayahlong

No comments: