1. Sediakan formula
Untuk A (80-100), A- (75-79), B+ (70-74), B (65-69), B- (60-64), C+ (55-59), C (50-54), C- (45-49), D+ (40-44), D (35 -39), dan E (34 ke bawah); gunakan formula berikut:
=LOOKUP(F2,{0,33.5,39.5,44.5,49.5,54.5,59.5,64.5,69.5,74.5,79.5},{"E","D","DP","CM","C","CP","BM","B","BP","AM","A"})
Untuk A (75-100), A- (70-74), B+ (65-69), B (60-64), B- (55-59), C+ (50-54), C (45-49), C- (34-44), D+ (23-33), D (12-22), dan E (0-11), gunakan formula berikut:
=LOOKUP(F2,{0,11.5,22.5,33.5,44.5,49.5,54.5,59.5,64.5,69.5,74.5},{"E","D","DP","CM","C","CP","BM","B","BP","AM","A"})
Untuk skema lain, boleh buat sendiri . F2 adalah lokasi untuk data pertama. Jika data pertama anda terletak di lokasi lain, sila ubah, misalnya kepada G2 dan sebagainya. Dalam data di atas, pelajar yang dapat 79.6 digredkan sebagai A atas andaian ianya dibundarkan kepada markah '80' jika dibuat secara manual.
2. Langkah-langkah untuk gredkan markah ialah seperti berikut (sila rujuk rajah di sebelah kiri):


Langkah 2: Letak kursor pada G2, copy formula LOOKUP (Rujuk Langkah 1) dan paste pada ruang fungsi (selepas X / fx), F2 ialah data pertama


Langkah 4: Highlight pada ruang gred yang masih kosong dan tekan paste.

Cara yang lebih mudah lagi ialah bermula dari Langkah 3, setelah ada data pada G2, anda akan dapati ada line berwarna biru (empat segi), tekan sudut bawah kanan kotak tersebut dan seretkan cursor hingga ke penghujung senarai di bawah.
2 comments:
Untuk convert 28.2/50 kepada x/50, cara yg paling ringkas ialah letakkan cursior pada kota sebelah kanan 28.2, type =, highlight kota 28.2 (atau type F2), type *, dan type 0.8
Untuk buat graf, kira berapa ramai utk satu gred, guna countif
=COUNTIF(O2:O94,"A")
O2 dan 094 ialah array yg dikira, A ialah gred
Post a Comment