Monday, November 24, 2008

Toyol Cium Hantu

Mnemonik ialah alat untuk membantu minda untuk mengingat sesuatu fakta. Di sekolah anak saya, seorang guru sains mendapati kanak-kanak mempunyai masalah untuk mengeja perkataan "SWITCH", ada yang mengeja "SWICTH", "SWTICH", "SWICHT". Guru tersebut mempunyai idea yang baik, katanya "SWI, Toyol Cium Hantu". Selepas daripada itu, tidak ada lagi murid yang tersilap mengeja perkataan SWITH.

Dalam kelas saya, saya memberikan panduan untuk mengingat pencipta teori-teori emosi berasaskan evolusi iaitu "Pakcik Tumbuk Izat" iaitu Plutchik, Tomkins dan Izard. Un tuk mengingat Teori Kognitif pula, saya bagi panduan "shamil misai terangkat macam Paisal" iaitu schahter, missattribution, transfer of excitation, cognitive appraisal

Mnemonik-mnemonik lain ialah seperti berikut:

Planets (Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune, Pluto) My Very Educated Mother Just Served Us Nine Pickles

The colors in the spectrum, Red, Orange, Yellow, Green, Blue, Indigo, Violet, remember the name 'Roy G. Biv'

The forms of government: Communism, Democracy, Republic, Oligarchy, Monarchy. Same as acronym Compact Disc Read Only Memory (CD-ROM).

No comments: