Friday, September 5, 2008

Masih Relevankah Perpustakaan Di Zaman Internet?




Berikut ialah rencana yang Ayahlong hantar ke Forum Bukit Mahkota http://putra-mahkota.com/forum/index.php?

"Kami yg kurang prihatin ini bukannya apa, kita kena berpijak di bumi nyata. Zaman sekarang ni internet dah jadi Kamus Dunia & dah jadi Perpustakaan Tanpa Batasan. Takkan Ayahlong tak tau kot?"

Respon Ayahlong. Ayahlong setuju bahawa:(1) Kita kena berpijak di bumi yang nyata.(2) Zaman sekarang ni internet dah jadi Kamus Dunia & dah jadi Perpustakaan Tanpa Batasan.

Ke mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Di mana maklumat dijejak, CPU jangan di usung!




(terimakasih kerana ciptaan internet, dan lain-lain gadget seperti CD thumbdrive, pendrive, external drive dan sebagainya, tidak termasuk 4 wheel drive). Baru-baru ini terdapat ciptaan pen yang boleh ganti PC, sila rujuk blog ayahlong http://idea-kreatif.blogspot.com/search/label/Pen%20Sebagai%20pengganti%20PC atau http://www.stratvantage.com/news/020206.htm

Ayahlong sedar tentang ledakan dunia IT (IT membawa dua maksud- Info Tech dan juga Ingin Tahu, Ayahlong subscribe to the former). Ada dua tokoh yang meramal dunia akan datang dalam era IT iaitu William Gibson yang dianggap sebagai "Godfather of the Cyberspace" dan McLuhan yang memperkenalkan istilah desa sejagat (global village). Gibson berkata, "We are moving towards the world where all the consumers will identify more with their consumer status or with the product they consume rather than with the antiquated notion of national identity".

Mc Luhan berpendapat media ialah sambungan kepada panca indera kita (extension of men) dan 'the message is the massage' (mesej adalah otot atau kuasa). Prediction beliau yang menarik perhatian ayahlong ialah, dengan new media, human tribe can become truly the family dan able to roam the cosmos.

Oh ya, Ayahlong baru teringat, kenal tak Naisbaitt? Kepada futurists, buku-buku karya Naisbaitt tentang dunia masa depan adalah sangat popular. Beliau berkata, technology is empowering, "There are fewer people in the planets today because they can no longer control information". Menarik, bukan!

Walau bagaimana pun Ayahlong tidak setuju jika premis (2) berpaksi kepada andaian bahawa "internet adalah pengganti perpustakaan awam". Renungilah kata-kata ini, "people will be overwhelmed by the mesmerising power of new media, and ultimately transformed into gigantic, passive audiences, a world of couch potatoes". Maksudnya mereka complacent dengan apa yang ada, duduk dalam bilik saja tanpa meneroka di alam nyata. Mereka hanya mengembara di alam maya (siber) tapi tidak di alam fizikal.Ayahlong memandang perpustakaan bukan sebagai hanya bangunan usang dipenuhi dengan buku-buku yang 'suci dalam debu', tapi sebagai tempat pembelajaran yang kondusif. Perpustakaan juga boleh menyediakan material dalam bentuk CD, dan menyediakan kemudahan untuk akses internet. Jadi library sebenarnya menjimatkan masa dan belanja kita dalam pencarian maklumat kerana banyak daripada bahan sudah dikatalogkan. Public Library di BBB dekat Tasik Cempaka ada kemudahan internet secara percuma, ini jimat belanja, terutama bagi golongan miskin/terpinggir (marginalised people). Di Serdang, tepi Highway sebelum Tol Sg Besi ada Digital Library untuk MPSJ. Pertanyaan, kalau sudah ada internet, kenapa masih perlu Digital Library?

Oleh itu public library masih diperlukan kerana;
(1) internet bukan pengganti library, sebaliknya menjadi media baru untuk bahan ilmu, penambahan kepada bentuk cetak, penambahan kepada serice di library.
(2) public library menyediakan tempat pembelajaran yang kondusif, ada kemudahan disediakan untuk perbincangan/ceramah/learning activities. Di sana semua orang belajar, jadi motivasi tinggi. Di rumah, buka internet, tapi dalam cari maklumat, we can get easily distracted dengan sekitaran rumah kita, television, PS2 dsbnya.
(3) ingat spirit zakat kita, dalam harta kita ada hak untuk orang miskin. Walaupun Putra Mahkota dihuni manusia elit, terdapat golongan miskin yang tidak mampu memiliki komputer, apa lagi internet. Ingatlah pada adik-adik kakak dan saudara kita yang tidak mampu di sekitar Putra Mahkota ini, bagaimana mereka nak catch up dengan kita? Adanya public library yang menyediakan kemudahan internet membolehkan mereka berpeluang menikmati keluasan alam maya, boleh kurangkan jurang digital.

Ayahlong akhiri dengan satu lagi quote menarik:

"Libraries are a great example of how you can mix the paper world with the digital, and it seems that, at least for now, the younger generation recognizes this and is appreciative".

"It's great to see that such a long-standing institution such as public libraries has embraced technology and taken steps to provide valuable services to a more tech-savvy generation".

Di petik dari sumber: http://www.capturetheconversation.com/read/public-libraries-still-relevant-in-the-digital-age

No comments: