Friday, October 23, 2009

Sesi Pembelajaran Online

Baru-baru ini pihak MENTION, FSSK UKM telah meminta kebenaran saya untuk menggunakan dewan kuliah yg sepatutnya saya gunakan untuk kuliah Kemahiran Membuat Keputusan. Persoalannya ialah mana saya nak cari dean kuliah lain. Apa yang saya lakukan ialah membuat sesi pembelajaran online. Saya ada beberapa option, antaranya ialah menggunakan forum online Nicenet atau menggunakan blog kursus. Pada paginya saya prepare soalan berkaitan Weighted Ranking Technique dan saya schedulekan dalam blog supaya ianya dipublish dalam blog tepat jam 10 pagi iaitu waktu sepatutnya ada kuliah. Sila lihat soalan . Para pelajar perlu hantar hasil kerja mereka melalui e-mail pada jam 12 tengahari iaitu masa sepatutnya sesi berakhir. Semasa latihan mereka boleh berkonsultasi dengan saya secara online menggunakan Yahoo Messenger (ID saya ialah ayahlong_azm).
Ada tak sesiapa yang boleh cadangkan idea-idea atau cara-cara atau perisian-perisian yang lebih menarik lagi. Ayahlong fikir sekiranya pensyarah bercuti, sesi pembelajaran masih boleh diteruskan, bukan berbentuk kuliah tetapi lebih kepada latihan dan tutoran.

No comments: