Thursday, June 19, 2008

Kuiz

Adakah anda nak buat kuiz di dewan kuliah tetapi perlukan sesuatu yang ada mmmph? Ayahlong ada idea, ikut pengalaman ayahlong sendiri yang sedang bereksperimentasi dengan beberapa idea.
Ada dua kategori kuiz iaitu (1) untuk individu dan (2)untuk kumpulan besar. Untuk individu, banyak perisian percuma yang boleh digunakan, sebagai contoh Wordquiz ciptaan Peter dan Linda Hedlund yang asalnya untuk memperkaya khazanah kata dalam bahasa asing tetapi boleh digunakan untuk tujuan lain juga. Ayahlong guna untuk ajar biudak-budak grammar dan vocab. Perisian ini boleh memberi markah bila sesuatu kuiz itu selesai. Ayahlong suka perisian ini kerana data dari excel senang di transfer ke sana. Baru-baru ni Ayahlong jumpa perisian percuma yang lebih canggih dan masih bereksperimentasi dengannya. Terdapat juga perisian jenis isi temopat kosong yang berbentuk 'rational cloze' tapi Ayahlong jarang guna sangat.
Kuiz untuk kumpulan besar seperti Hubungan Etnik, kita boleh guna powerpoint saja. Ayahlong rasa kalau setakat powerpoint dengan teks mungkin membosankan juga. Oleh itu ayahlong rekomen kuiz seperti ini mesti ada unsur-unsur lain iaitu (1) time-frame (2) sequential (3) animation; dan (4) ada unsur VBA (Visual Basic). Ada beberapa pensyarah sudah laksanakan idea ini termasuk ayahlong sendiri dan nampaknya pelajar berminat. Satu soalan letak dalam satu slide, tempoh untuk satu slide ialah 1 minit. Selepas itu secara automatik tukar kepada slide atau soalan seterusnya. Ini kita boleh set dalam Custom Animation.

No comments: